Thursday 12 August 2010

CEK MEK MOLEK

Apabila buat, baru tahu kenapa dinamakan 'cek mek molek'...

ANDA PERLUKAN
  • 300g, ubi keledek - dibersihkan, direbus hingga masak dan dikupas kulitnya
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula pasir
  • 1/2 kuali minyak - untuk menggoreng (deep frying)
  • Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
  1. Lecekkan ubi keledek
  2. Masukkan tepung dan gaul rata supaya kental. Masukkan air jika perlu.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat dan ratakan sedikit di tengah-tengah.
  4. Masukkan setengah camca teh gula ke dalam bahagian tengah doh dan bentukkan semula menjadi bujur telur.
  5. Goreng kuih hingga kuning.
TIPS
  • Semasa menggentel doh, pastikan gula berada ditengah-tengah dan ditutup dengan rapat supaya gula tidak keluar semasa menggorengnya.
  • Sedap dan senang menyediakannya.
  • Cukup terkenal terutama sekali di Kelantan.

TEMPOH MEMASAK  :  20min
HIDANGAN UNTUK  :  6 - 8 orang

1 comment: