Friday, 6 August 2010

SAYUR PUTIH 'KOLOK'

ANDA PERLUKAN
  • 1 ekor ikan kembung bersaiz sederhana - direbus dan diambil isinya sahaja.
  • 15 biji lada hitam
  • 6 biji bawang merah
  • 3 cawan santan (sederhana pekat)
  • 2 helai sayur sawi - dipotong
  • 3 helai daun kubis - dipotong
  • 1/2 cmt garam
  • 1/2 cmt gula
  • 1 batang karot *
  • 4 tangkai kacang panjang *
* Bahan - bahan ini dipotong panjang dan dicelur 

CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk lada hitam hingga lumat, tambah bawang merah dan isi ikan. Tumbuk lagi.
  2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk, diikuti dengan santan, semua sayuran, garam dan gula (tambah air sekiranya kuahnya kurang atau terlalu pekat.)
  3. Kacau hingga semuanya masak.
TIPS
  • Jangan masak terlalu lama kerana zat sayur - sayuran akan hilang.
  • Anda juga boleh gunakan sayuran lain mengikut citarasa tetapi pastikan sayur yang lebih keras hendaklah dicelur (masak dalam air didih selama anggaran 2 minit) atau masak dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 - 2 minit.
  • Selain ikan kembung, ikan lain pun boleh juga.
  • Tambahkan lada hitam kalau suka pedas. 

TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang


"Nothing can go wrong with this meal. Nak lagi sedap hidangkan dengan ikan kering atau ikan pari goreng... ummmm.... memang menyelerakan!"








    No comments:

    Post a Comment