Friday, 6 August 2010
SAYUR PUTIH 'KOLOK'
ANDA PERLUKAN
CARA MEMBUATNYA
TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang
- 1 ekor ikan kembung bersaiz sederhana - direbus dan diambil isinya sahaja.
- 15 biji lada hitam
- 6 biji bawang merah
- 3 cawan santan (sederhana pekat)
- 2 helai sayur sawi - dipotong
- 3 helai daun kubis - dipotong
- 1/2 cmt garam
- 1/2 cmt gula
- 1 batang karot *
- 4 tangkai kacang panjang *
CARA MEMBUATNYA
- Tumbuk lada hitam hingga lumat, tambah bawang merah dan isi ikan. Tumbuk lagi.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk, diikuti dengan santan, semua sayuran, garam dan gula (tambah air sekiranya kuahnya kurang atau terlalu pekat.)
- Kacau hingga semuanya masak.
- Jangan masak terlalu lama kerana zat sayur - sayuran akan hilang.
- Anda juga boleh gunakan sayuran lain mengikut citarasa tetapi pastikan sayur yang lebih keras hendaklah dicelur (masak dalam air didih selama anggaran 2 minit) atau masak dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 - 2 minit.
- Selain ikan kembung, ikan lain pun boleh juga.
- Tambahkan lada hitam kalau suka pedas.
TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang
"Nothing can go wrong with this meal. Nak lagi sedap hidangkan dengan ikan kering atau ikan pari goreng... ummmm.... memang menyelerakan!"
Thursday, 5 August 2010
IKAN SIAKAP MASAK TOM YAM
ANDA PERLUKAN
CARA MENYEDIAKAN IKAN
UNTUK SAMBALNYA
CARA MEMBUATNYA
TIPS
TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang
- 2 ekor ikan siakap atau kerapu yang bersaiz sederhana (600g)
- 1/2 cmt garam (secukup rasa)
- 2 cmt tepung jagung
- 2 cawan minyak (500ml) - untuk menggoreng (deep fry)
CARA MENYEDIAKAN IKAN
- Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Lumurkan tepung jagung ke seluruh bahagian badan ikan.
- Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Ketepikan.
UNTUK SAMBALNYA
- 4 ulas bawang putih*
- 4 biji bawang merah*
- 2 batang serai - dipotong kecil*
- 1 cm halia*
- 2 cmb / 1 kiub perencah tom yam
- 1 cmb cili boh
- 3 helai daun limau purut - dihiris halus
- Garam secukup rasa
- 2 cmb minyak - untuk menumis
- 3 cmb air
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Apabila kekuningan, masukkan perencah tom yam dan cili boh.
- Biarkan di atas api buat seketika, kemudian masukkan garam dan daun limau purut.
- Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering dan hangus.
- Akhir sekali tuangkan sambal tadi ke atas ikan yang telah digoreng.
TIPS
- Tambah sedikit air sekiranya anda mahukan kuah lebih.
- Boleh juga gantikan ikan lain seperti kerapu, bawal, kembung dan lain - lain
- Sesuai untuk beginner atau mereka yang baru belajar memasak.
TEMPOH MEMASAK : 15 min
HIDANGAN UNTUK 3 - 4 orang
Subscribe to:
Posts (Atom)
_.jpg)